MAKLUMAT YANG ADA

显示标签为“TAHUN 1”的博文。显示所有博文
显示标签为“TAHUN 1”的博文。显示所有博文

2012/12/19

Bab Kewangan ( Wang Kertas Malaysia )

Wang kertas Malaysia ( RM 1 hinggan RM 10 )







2012/12/18

Bab Kewangan Hingga RM10

Wang Syiling Malaysia






2012/12/17

Sejarah Matawang Malaysia


Sejarah Matawang Malaysia

     ‘Ringgit’ berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR.  Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM)  yang akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM.
      Di bawah ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini..




RM 5.00


RM 10.00


RM 500.00

2012/12/16

BAB WANG ( WANG MALAYSIA )


                                      Wang Malaysia 2012






2012/12/14

Rancangan Tahunan KSSR MT Tahun 1

2013 Tahun 1 RPT KSSR Matematik

2012/12/13

Magic Table ( Meneka nombor pilihan murid )



MAGIC TABLE (Meneka nombor pilihan murid) 




Arahan:

1. Murid disuruh memilih gambar yang mereka suka dan
    seterusnya mengingati nombor pada gambar   tersebut.


    Contoh : Murid suka gambar buah anggur. Nombor buah anggur
    ialah 24.

2. Murid diminta merahsiakan nombor yang dia pilih.

3. Guru menunjukkan jadual nombor  dan bertanya jika   
    nombor pilihan ada dalam setiap jadual.

    Contoh : Nombor 24 ada di dalam jadual D dan Jadual E.

4. Guru akan mengira jumlah semua nombor pertama yang 
    mengandungi nombor pilihan murid.
       Contoh : Jadual D = 8 dan Jadual E = 16
                     8 + 16 = 24

5. Nombor pilihan murid dapat dicari.
    Jawapan : 24



    .....Pastinya murid-murid seronok apabila gurunya dapat meneka
         makanan dan nombor pilihan mereka......

....................SELAMAT MENCUBA.....................

2012/12/10

TIPS MATEMATIK MUDAH INGAT YANG SUSAH


TIPS MATEMATIK MUDAH INGAT YANG SUSAH


HARAP DAPAT BERKONGSI ILMU DENGAN CIKGU-CIKGU DAN MURID-MURID.

TIPS INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN OLEH PELAJAR LINUS.


2012/12/09

Bagaimana kanak-kanak belajar Matematik.





     Usaha mencari jawapan kepada soalan ini merupakan tanggungjawab mustahak bagi setiap guru matematik. Untuk menjadi guru yang baik, kita mesti mengetahui dan memahami proses-proses mental yang digunakan oleh kanak-kanak dalam mempelajari mata pelajaran yang kita ajarkan itu. Dengan pengetahuan dan pengalaman itu, kita akan dapat menyesesuaikan strategi dan teknik pengajaran supaya selaras dengan proses itu. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang menganggap kanak-kanak belajar seperti orang dewasa (walaupun tidak ada seorang pun pasti bagaimana orang dewasa belajar).

     Kanak-kanak dianggap sebagai tempayan atau bekas kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengasakan otak mudah dicapai. Cara ini menggalakkan mereka belajar matematik secara hafalan tanpa memahami maknanya. Ugutan dan denda sering digunakan oleh guru untuk mempercepatkan dan meneguhkan proses pengasakan otak. Akibat daripada amalan-amalan ini, suasana bimbang wujud di dalam bilik darjah dan kanak-kanak bersikap negatif terhadap matematik khasnya dan sekolah amnya.

     Pada tahun 1930-an, William Brownell mengemukakan 'teori makna'. Teori ini menegaskan bahawa kanak-kanak mesti memahami apa yang dipelajari itu jika hasil pembelajaran itu hendak dikekalkan. Dalam eksperimen permulaannya, Brownell mendapati bahawa dengan menggunakan proses 'pengumpulan semula' dalam soalan penolakkan yang melibatkan dua nombor dua-digit, jika kanak-kanak diajar supaya memahami maknanya dari segi matematik, maka mereka dapat melakukan operasi tolak dengan lebih cekap daripada kanak-kanak yang cuma menghafal peraturan sahaja.

      Jean Piaget merupakan pelopor penyelidik mengenai asal usul dan perkembangan kebolehan kognitif dan beliau dianggap sebagai ahli psikologi yang terkemuka dalam abad ini. Teori-teori Piaget sangat releven dengan pengajaran di sekolah rendah. Kebanyakkan penyelidikan Piaget menitikberatkan pembelajaran konsep dari matematik dan sains kerana beliau berpendapat bahawa pembelajaran matematik dan sains merupakan contoh yang paling baik bagi aktiviti pemikiran. Beliau berpendapat bahawa seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun tidak belajar dengan cara yang sama seperti seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun, apatah lagi orang dewasa. 

2012/11/29

2 Dimensi

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dapat kita lakukan dengan menggunakan bentuk 2 Dimensi ini. 
Antaranya:


1) Permainan menggunakan bentuk-bentuk 2 Dimensi dengan menggunakan kreativiti pelajar. 

     Pelajar boleh menghasilkan pelbagai jenis bentuk daripada bentuk-bentuk yang telah 
     di beri tadi.



Bentuk 2D


Pelajar menghasilkan kerja yang menarik.

2)Melukis. aktiviti yang mudah di gunakan di dalam kelas. Guru meminta murid menghasilkan satu lukisan yang berasakan bentuk-bentuk 2 Dimensi.








Lukisan peajar.






3) Menggunting dan menampal bentuk. Gunting dan tampal mengikut bentuk-bentuk yang di berikan. 


Corak yang dihasil dengan gunting dan tampal.

2012/11/26

Latihan Linus Tahun 1

Latihan Matematik

Latihan Matematik Tahun 1

Latihan-Matematik TAHUN 1

Latihan Nombor pada nilai dan tempat Tahun 1


NAMA : ________________________ TAHUN : ___________


ISIKAN NOMBOR PADA NILAI TEMPAT YANG DISEDIAKAN.


1.     Lima puluh tiga
2.   Enam puluh enam
3.   Tujuh puluh Sembilan
4.   Lima puluh satu
5.   Lapan puluh lima
6.   Sembilan puluh Sembilan.


 
Puluh                                                       Sa
1.      
2.    
3.    
4.    
5.    
6.    

2012/11/11

MODUL KSSR MATEMATIK TAHUN 1

MODULL KSSR TAHUN 1
Penggunaan modul adalah sebagai cadangan latihan atau kerja bertulis yang boleh dilakukan oleh guru kepada muridnya. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai standard minima yang perlu dicapai oleh setiap murid. Oleh kerana ini, guru-guru perlu menggunanya sebelum menyediakan rangcangan pengajaran.
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (B Malaysia)
BELAJAR DENGAN MENGGUNAKAN KUIZ ONLINE 


 SALAM SATU MALAYSIA.

HARI INI SAYA INGIN BERKONGSI KUIZ YANG BERKAITAN DENGAN LINUS.
KUIZ INI HANYA MEMPUNYAI 3 SOALAN.  HARAP DAPAT MEMBERI PANDUAN KEPADA CIKGU-CIKGU YANG MENGAJAR LINUS APABILA INGIN MEMBINA SOALAN KUIZ SECARA ONLINE.



KUIZ LINUS TAHUN 1



 
Adakah anak murid linus anda dapat menjawab soalan yang saya kemukakan?

jikalau ya, jangan lupa memberi galakan kepada mereka.


KUIZ SECARA ONLINE ~ NOMBOR 1-10

TMK BOLEH DINILAI DENGAN MENGADAKAN KUIZ ATAU LATIHAN SECARA ONLINE.


  MARI MENJAWAP SOALAN DENGAN SAYA 

 BAB 1 NOMBOR 1 HINGGA 10



 
HARAP MURID-MURID SERONOK BELAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

2012/11/10

Tambah dan Tolak - BELAJAR MATEMATIK SAMBIL MENYANYI


SALAM SATU MALAYSIA.

Harap video ini dapat menjadi bahan mengajar kepada cikgu-cikgu yang mengajar matematik Tahun 1. Video yang yang telah berkongsi ini sangat menarik. Video ini boleh cikgu-cikgu digunakan apabila mengajar tambah dan tolak.


Mari kita belajar sambil menyayi.
Tentu anak pelajar kita seronok belajar bersama kita.

Selamat Belajar!!!







2012/10/09

LAGU MARI MENGIRA KSSR

MARI KITA NYAYI BERSAMA-SAMA LAGU MENGIRA





Aktiviti Kelas Matematik

Followers

MARI BERKONGSI PENGALAMAN

LAGU~TODAY