2012/12/03

SEJARAH UKURAN

SEJARAH UKURAN

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terkawal diciptal manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penukaran bahan makanan.

Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terkawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM ddi kalangan masyarakat Mesopotania, Mesir dan Lembah indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.

Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.

Antara alat ukuran yang digunakan pada zaman dalu:


A ) Langkah



B) Jengkal




 C ) Depa ( panjang dua tangan yang dibuka luas )



D ) Hasta




2012/12/02

AL - KISAH DAN TUKANG KAYU

CERITA INI BOLEH DIGUNAKAN APABILA GURU INGIN MENYAMPAIKAN BAB PANJANG.




AL - KISAH DAN TUKANG KAYU

     Pada suatu masa dahulu, sebelum katil dicipta, seorang raja telah meminta seorang tukang kayu untuk membuat sebuah katil untuk permaisutinya. raja meminta Permaisuri baginda untuk berbaring sementara baginda raja berjalan disekeliling permaisuri. Baginda raja mengukur badan permaisuri tersebut dengan menggunakan bilangan tapak kaki baginda.

     Seterusnya, raja menyuruh tukang kayu tersebut membuat katil berdasarkan ukuran yang telah dibuat. Katil tersebut seharusnya berukur 6 kaki pangjang dan 3 kaki lebar. Tukang kayu segera pulang ke rumahnya untuk membuat katil tersebut. Tukang kayu telah memotong kayu berdasarkan ukuran kakinya sendiri. Namum, ukuran kaki tukang kayu tersebut lebih kecil bernbanding ukuran kaki raja.

     Apabila katil tersebut telah siap dibina, raja mendapati ukuran katil tersebut lebih kecil daripada yang dikehendaki oleh baginda. Akhirnyam baginda raja menjadi murka dan mengarahkan tukang kayu tersebut dimasukkan ke dalam penjara kerana ingkar kepada arahnya....

2012/12/01

LATIHAN BAB KEWANGAN

Latihan ini disediakan dalam bentu pdf dan diminta memuat turun latihan dibawa dengan kilk paparan di soalan bawah.

2012/11/30

BAB JISIM


Memperkenalkan bacaan jisim dalam KG.

Harap murid-murid faham.

Bab Jisim Baca dalam Gram

HARAP CIKGU-CIKGU DAN MURID-MURID DAPAT BERMANFAAT.


BAB JISIM. MEMPERKENALKAN GRAM.


2012/11/29

2 Dimensi

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dapat kita lakukan dengan menggunakan bentuk 2 Dimensi ini. 
Antaranya:


1) Permainan menggunakan bentuk-bentuk 2 Dimensi dengan menggunakan kreativiti pelajar. 

     Pelajar boleh menghasilkan pelbagai jenis bentuk daripada bentuk-bentuk yang telah 
     di beri tadi.



Bentuk 2D


Pelajar menghasilkan kerja yang menarik.

2)Melukis. aktiviti yang mudah di gunakan di dalam kelas. Guru meminta murid menghasilkan satu lukisan yang berasakan bentuk-bentuk 2 Dimensi.








Lukisan peajar.






3) Menggunting dan menampal bentuk. Gunting dan tampal mengikut bentuk-bentuk yang di berikan. 


Corak yang dihasil dengan gunting dan tampal.

2012/11/28

Menulis nombor dalam perkataan ( Ribu )

Berikut merupakan tips yang boleh digunakan dalam mengajar murid tahuk 'menulis nombor dalam perkataan'. Dalam tajuk ini, masalah akan mula wujuk bila adanya nombor sifar ( 0 ) dalam nombor yang dikemukakan. Apa yang guru perlu lakukan ialah membiasakan pelajar untuk menggunakan kotak rumah nombor bagi menguasai tajuk ini.


Contoh: Tuliskan 3074 dalam perkataan


Langkah 1 :  Bina kota rumah bagi setiap nombor tersebut. Dalam contoh ini, terdapat empat rumah yang terlibat iaitu sa, puluh, ratus dan ribu.




Langkah 2 : Masukkan nombor yang terdapat dalam soalan mengikut rumah masing-masing.



Langkah 3 :  Tukarkan setiap nombor dalam perkataan. Tuliskan nombor yang berada di sebelah kiri terlebih dahulu diikuti dengan nilai rumahnya yang diwakilinya.



Contoh: Tiga ribu tujuh puluh empat

  1. Perkataan yang berwarna hijau mewakili nombor yang telah dituliskan dalam perkataan.
  2. Perkataan yang berwarna merah mewakili 

2012/11/26

Latihan Linus Tahun 1

Latihan Matematik

Aktiviti Kelas Matematik

Followers

MARI BERKONGSI PENGALAMAN

LAGU~TODAY