2012/12/13

Magic Table ( Meneka nombor pilihan murid )



MAGIC TABLE (Meneka nombor pilihan murid) 




Arahan:

1. Murid disuruh memilih gambar yang mereka suka dan
    seterusnya mengingati nombor pada gambar   tersebut.


    Contoh : Murid suka gambar buah anggur. Nombor buah anggur
    ialah 24.

2. Murid diminta merahsiakan nombor yang dia pilih.

3. Guru menunjukkan jadual nombor  dan bertanya jika   
    nombor pilihan ada dalam setiap jadual.

    Contoh : Nombor 24 ada di dalam jadual D dan Jadual E.

4. Guru akan mengira jumlah semua nombor pertama yang 
    mengandungi nombor pilihan murid.
       Contoh : Jadual D = 8 dan Jadual E = 16
                     8 + 16 = 24

5. Nombor pilihan murid dapat dicari.
    Jawapan : 24



    .....Pastinya murid-murid seronok apabila gurunya dapat meneka
         makanan dan nombor pilihan mereka......

....................SELAMAT MENCUBA.....................

2012/12/12

Sila Cuba TAMBAH

SILA CUBA MENJAWAP~


LATIHAN INI SERONOK BAGI PELAJAR TAHUN 2.




  •  Petak tambah



  • Tambah hingga jawapan baris nombor yang sama.



2012/12/11

Latihan Sifir 3


Setelah pelajar mahir sifir 3, berilah latihan ini bagi mereka. Mereka akan berasa seronok belajar Matematik.









2012/12/10

TIPS MATEMATIK MUDAH INGAT YANG SUSAH


TIPS MATEMATIK MUDAH INGAT YANG SUSAH


HARAP DAPAT BERKONGSI ILMU DENGAN CIKGU-CIKGU DAN MURID-MURID.

TIPS INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN OLEH PELAJAR LINUS.


2012/12/09

Bagaimana kanak-kanak belajar Matematik.





     Usaha mencari jawapan kepada soalan ini merupakan tanggungjawab mustahak bagi setiap guru matematik. Untuk menjadi guru yang baik, kita mesti mengetahui dan memahami proses-proses mental yang digunakan oleh kanak-kanak dalam mempelajari mata pelajaran yang kita ajarkan itu. Dengan pengetahuan dan pengalaman itu, kita akan dapat menyesesuaikan strategi dan teknik pengajaran supaya selaras dengan proses itu. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang menganggap kanak-kanak belajar seperti orang dewasa (walaupun tidak ada seorang pun pasti bagaimana orang dewasa belajar).

     Kanak-kanak dianggap sebagai tempayan atau bekas kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengasakan otak mudah dicapai. Cara ini menggalakkan mereka belajar matematik secara hafalan tanpa memahami maknanya. Ugutan dan denda sering digunakan oleh guru untuk mempercepatkan dan meneguhkan proses pengasakan otak. Akibat daripada amalan-amalan ini, suasana bimbang wujud di dalam bilik darjah dan kanak-kanak bersikap negatif terhadap matematik khasnya dan sekolah amnya.

     Pada tahun 1930-an, William Brownell mengemukakan 'teori makna'. Teori ini menegaskan bahawa kanak-kanak mesti memahami apa yang dipelajari itu jika hasil pembelajaran itu hendak dikekalkan. Dalam eksperimen permulaannya, Brownell mendapati bahawa dengan menggunakan proses 'pengumpulan semula' dalam soalan penolakkan yang melibatkan dua nombor dua-digit, jika kanak-kanak diajar supaya memahami maknanya dari segi matematik, maka mereka dapat melakukan operasi tolak dengan lebih cekap daripada kanak-kanak yang cuma menghafal peraturan sahaja.

      Jean Piaget merupakan pelopor penyelidik mengenai asal usul dan perkembangan kebolehan kognitif dan beliau dianggap sebagai ahli psikologi yang terkemuka dalam abad ini. Teori-teori Piaget sangat releven dengan pengajaran di sekolah rendah. Kebanyakkan penyelidikan Piaget menitikberatkan pembelajaran konsep dari matematik dan sains kerana beliau berpendapat bahawa pembelajaran matematik dan sains merupakan contoh yang paling baik bagi aktiviti pemikiran. Beliau berpendapat bahawa seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun tidak belajar dengan cara yang sama seperti seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun, apatah lagi orang dewasa. 

2012/12/08

Bab pecahan - Equivalent Fractions



Hari kita lihat video ini.

Adakah anda faham apa itu pecahan serata?

2012/12/07

BAB PECAHAN ( PECAHAN SETARA )

PECAHAN SETARA Apakah itu pecahan setara? Mari kita lihat slide yang cikgu tunjukkan di bawah. Selamat belajar semua.



 

2012/12/06

BAB PECAHAN ( MENGENAL PECAHAN)

Hari ini, cikgu akan menerangkan apa itu pecahan dengan menggunakan slide. Harap murid-murid bolehlah mencubanya.


 

Mengenal Pecahan

Aktiviti Kelas Matematik

Followers

MARI BERKONGSI PENGALAMAN

LAGU~TODAY