2013 Tahun 1 RPT KSSR Matematik
MAKLUMAT YANG ADA
- TAHUN 1 (17)
- TAHUN 2 (16)
- TAHUN 3 (16)
- AKTIVITI MATEMATIK (15)
- LATIHAN (9)
- BAB KEWANGAN (5)
- BAB NOMBOR BULAT (5)
- BAB PECAHAN (4)
- LINUS NUMERASI (4)
- BAB PANJANG (3)
- BAHAN ICT (3)
- BAHAN KSSR (3)
- JISIM (3)
- MASA DAN WAKTU (3)
- VIDEO (3)
- Berita KSSR (2)
- SIFIR (2)
- BAB DIMENSI (1)
- BAB TAMBAH (1)
- BAB TOLAK (1)
- INSTRUMEN (1)
2012/12/14
2012/12/13
Magic Table ( Meneka nombor pilihan murid )
MAGIC TABLE (Meneka nombor pilihan murid)
Arahan:
1. Murid disuruh memilih gambar yang mereka suka dan
seterusnya mengingati nombor pada gambar tersebut.
Contoh : Murid suka gambar buah anggur. Nombor buah anggur
ialah 24.2. Murid diminta merahsiakan nombor yang dia pilih.
nombor pilihan ada dalam setiap jadual.
4. Guru akan mengira jumlah semua nombor pertama yang
mengandungi nombor pilihan murid.
Contoh : Jadual D = 8 dan Jadual E = 168 + 16 = 24
5. Nombor pilihan murid dapat dicari.
Jawapan : 24
.....Pastinya murid-murid seronok apabila gurunya dapat meneka
makanan dan nombor pilihan mereka......
....................SELAMAT MENCUBA.....................
标签:
AKTIVITI MATEMATIK,
TAHUN 1,
TAHUN 2,
TAHUN 3
2012/12/12
Sila Cuba TAMBAH
SILA CUBA MENJAWAP~
LATIHAN INI SERONOK BAGI PELAJAR TAHUN 2.
- Petak tambah
- Tambah hingga jawapan baris nombor yang sama.
2012/12/11
Latihan Sifir 3
Setelah pelajar mahir sifir 3, berilah latihan ini bagi mereka. Mereka akan berasa seronok belajar Matematik.
标签:
AKTIVITI MATEMATIK,
LATIHAN,
SIFIR,
TAHUN 3
2012/12/10
TIPS MATEMATIK MUDAH INGAT YANG SUSAH
TIPS MATEMATIK MUDAH INGAT YANG SUSAH
HARAP DAPAT BERKONGSI ILMU DENGAN CIKGU-CIKGU DAN MURID-MURID.
TIPS INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN OLEH PELAJAR LINUS.
2012/12/09
Bagaimana kanak-kanak belajar Matematik.
Usaha mencari jawapan kepada soalan
ini merupakan tanggungjawab mustahak bagi setiap guru matematik. Untuk
menjadi guru yang baik, kita mesti mengetahui dan memahami proses-proses
mental yang digunakan oleh kanak-kanak dalam mempelajari mata pelajaran
yang kita ajarkan itu. Dengan pengetahuan dan pengalaman itu, kita akan
dapat menyesesuaikan strategi dan teknik pengajaran supaya selaras
dengan proses itu. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang menganggap
kanak-kanak belajar seperti orang dewasa (walaupun tidak ada seorang pun
pasti bagaimana orang dewasa belajar).
Kanak-kanak
dianggap sebagai tempayan atau bekas kosong yang perlu diisi dengan
pengetahuan. Pengasakan otak mudah dicapai. Cara ini menggalakkan mereka
belajar matematik secara hafalan tanpa memahami maknanya. Ugutan dan
denda sering digunakan oleh guru untuk mempercepatkan dan meneguhkan
proses pengasakan otak. Akibat daripada amalan-amalan ini, suasana
bimbang wujud di dalam bilik darjah dan kanak-kanak bersikap negatif
terhadap matematik khasnya dan sekolah amnya.
Pada tahun 1930-an, William Brownell mengemukakan 'teori makna'. Teori
ini menegaskan bahawa kanak-kanak mesti memahami apa yang dipelajari
itu jika hasil pembelajaran itu hendak dikekalkan. Dalam eksperimen
permulaannya, Brownell mendapati bahawa dengan menggunakan proses
'pengumpulan semula' dalam soalan penolakkan yang melibatkan dua nombor
dua-digit, jika kanak-kanak diajar supaya memahami maknanya dari segi
matematik, maka mereka dapat melakukan operasi tolak dengan lebih cekap
daripada kanak-kanak yang cuma menghafal peraturan sahaja.
Jean Piaget merupakan pelopor penyelidik mengenai asal usul dan
perkembangan kebolehan kognitif dan beliau dianggap sebagai ahli
psikologi yang terkemuka dalam abad ini. Teori-teori Piaget sangat
releven dengan pengajaran di sekolah rendah. Kebanyakkan penyelidikan
Piaget menitikberatkan pembelajaran konsep dari matematik dan sains
kerana beliau berpendapat bahawa pembelajaran matematik dan sains
merupakan contoh yang paling baik bagi aktiviti pemikiran. Beliau
berpendapat bahawa seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun tidak
belajar dengan cara yang sama seperti seorang kanak-kanak yang berumur
12 tahun, apatah lagi orang dewasa.
标签:
Berita KSSR,
TAHUN 1,
TAHUN 2,
TAHUN 3
2012/12/08
Bab pecahan - Equivalent Fractions
Hari kita lihat video ini.
Adakah anda faham apa itu pecahan serata?
2012/12/07
BAB PECAHAN ( PECAHAN SETARA )
PECAHAN SETARA
Apakah itu pecahan setara? Mari kita lihat slide yang cikgu tunjukkan di bawah.
Selamat belajar semua.






