2012/12/19

Bab Kewangan ( Wang Kertas Malaysia )

Wang kertas Malaysia ( RM 1 hinggan RM 10 )







2012/12/18

Bab Kewangan Hingga RM10

Wang Syiling Malaysia






2012/12/17

Sejarah Matawang Malaysia


Sejarah Matawang Malaysia

     ‘Ringgit’ berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR.  Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM)  yang akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM.
      Di bawah ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini..




RM 5.00


RM 10.00


RM 500.00

2012/12/16

BAB WANG ( WANG MALAYSIA )


                                      Wang Malaysia 2012






2012/12/15

Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru



Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran menjelaskan guru tidak akan berasa terbeban sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS. 
Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS. 
''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut. 
Selain itu, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif). 
Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.
"Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkod untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan'', kata kenyataan itu.
Bagi mengatasi permasalahan itu, Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) diperkenalkan.
Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki sebuah FPM sahaja untuk menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran yang dipelajarinya. 
FS merupakan fail menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta disediakan mengikut tahun atau tingkatan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.
Pada masa yang sama, kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS telah dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah yang dihadapi guru. 
Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyediakanhosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 
"Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September lalu dan didapati sistem tersebut setakat ini stabil serta boleh diakses," jelasnya.
Sementara itu, bagi memastikan guru Tahun 1, 2 dan 3 dan Tingkatan 1 dan 2 memahami dan boleh melaksanakan PBS sebelum 31 Disember ini, Lembaga Peperiksaan telah merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. 
Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan Latihan Hands-onPBS secara in-situ kepada pejabat pendidikan daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara. 
Latihan ini dijalankan mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Disember ini.
Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan khidmat pementoran PBS dalam talian bertujuan membantu guru memahami dan boleh melaksanakan PBS seperti yang dihasratkan sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.


© Utusan Melayu (M) Bhd

2012/12/14

Rancangan Tahunan KSSR MT Tahun 1

2013 Tahun 1 RPT KSSR Matematik

2012/12/13

Magic Table ( Meneka nombor pilihan murid )



MAGIC TABLE (Meneka nombor pilihan murid) 




Arahan:

1. Murid disuruh memilih gambar yang mereka suka dan
    seterusnya mengingati nombor pada gambar   tersebut.


    Contoh : Murid suka gambar buah anggur. Nombor buah anggur
    ialah 24.

2. Murid diminta merahsiakan nombor yang dia pilih.

3. Guru menunjukkan jadual nombor  dan bertanya jika   
    nombor pilihan ada dalam setiap jadual.

    Contoh : Nombor 24 ada di dalam jadual D dan Jadual E.

4. Guru akan mengira jumlah semua nombor pertama yang 
    mengandungi nombor pilihan murid.
       Contoh : Jadual D = 8 dan Jadual E = 16
                     8 + 16 = 24

5. Nombor pilihan murid dapat dicari.
    Jawapan : 24



    .....Pastinya murid-murid seronok apabila gurunya dapat meneka
         makanan dan nombor pilihan mereka......

....................SELAMAT MENCUBA.....................

2012/12/12

Sila Cuba TAMBAH

SILA CUBA MENJAWAP~


LATIHAN INI SERONOK BAGI PELAJAR TAHUN 2.




  •  Petak tambah



  • Tambah hingga jawapan baris nombor yang sama.



Aktiviti Kelas Matematik

Followers

MARI BERKONGSI PENGALAMAN

LAGU~TODAY