2012/12/09

Bagaimana kanak-kanak belajar Matematik.





     Usaha mencari jawapan kepada soalan ini merupakan tanggungjawab mustahak bagi setiap guru matematik. Untuk menjadi guru yang baik, kita mesti mengetahui dan memahami proses-proses mental yang digunakan oleh kanak-kanak dalam mempelajari mata pelajaran yang kita ajarkan itu. Dengan pengetahuan dan pengalaman itu, kita akan dapat menyesesuaikan strategi dan teknik pengajaran supaya selaras dengan proses itu. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang menganggap kanak-kanak belajar seperti orang dewasa (walaupun tidak ada seorang pun pasti bagaimana orang dewasa belajar).

     Kanak-kanak dianggap sebagai tempayan atau bekas kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengasakan otak mudah dicapai. Cara ini menggalakkan mereka belajar matematik secara hafalan tanpa memahami maknanya. Ugutan dan denda sering digunakan oleh guru untuk mempercepatkan dan meneguhkan proses pengasakan otak. Akibat daripada amalan-amalan ini, suasana bimbang wujud di dalam bilik darjah dan kanak-kanak bersikap negatif terhadap matematik khasnya dan sekolah amnya.

     Pada tahun 1930-an, William Brownell mengemukakan 'teori makna'. Teori ini menegaskan bahawa kanak-kanak mesti memahami apa yang dipelajari itu jika hasil pembelajaran itu hendak dikekalkan. Dalam eksperimen permulaannya, Brownell mendapati bahawa dengan menggunakan proses 'pengumpulan semula' dalam soalan penolakkan yang melibatkan dua nombor dua-digit, jika kanak-kanak diajar supaya memahami maknanya dari segi matematik, maka mereka dapat melakukan operasi tolak dengan lebih cekap daripada kanak-kanak yang cuma menghafal peraturan sahaja.

      Jean Piaget merupakan pelopor penyelidik mengenai asal usul dan perkembangan kebolehan kognitif dan beliau dianggap sebagai ahli psikologi yang terkemuka dalam abad ini. Teori-teori Piaget sangat releven dengan pengajaran di sekolah rendah. Kebanyakkan penyelidikan Piaget menitikberatkan pembelajaran konsep dari matematik dan sains kerana beliau berpendapat bahawa pembelajaran matematik dan sains merupakan contoh yang paling baik bagi aktiviti pemikiran. Beliau berpendapat bahawa seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun tidak belajar dengan cara yang sama seperti seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun, apatah lagi orang dewasa. 

1 评论:

Lim Lee Yuen 说...

Penerangan yang jelas...^^

发表评论

该小工具中存在错误

MUNGKIN ANDA JUGA BERMINAT:

Aktiviti Kelas Matematik

Followers

MARI BERKONGSI PENGALAMAN

LAGU~TODAY